BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 10 Februari 2009

coretan minda

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipatgandakan rezeki.Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otakakan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it(ada semangat) di keesokan harinya.Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah &dapat pahala &also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepasbreakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

Ada 3 kategori manu sia :-BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalamTERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalamCELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejarakhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidikdiri & family. Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's lastsermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on thatday) shall pass on his words to others, and those to others again; and maythe last ones understand his words better that those who listen to himdirectly... Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from myweaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Ahad, 8 Februari 2009

Santapan nurani

Sahabatku,Terlalu banyak ni'mat yang Allah SWT kurniakan kepada kita dalam kehidupan kita selama ini. Bagaimana kita akan menghitungnya. Setiap detik kita bernafas, setiap saat jantung berdenyut, setiap detik mata berkelip. Tak termampu kita menghitung ni'mat yang di beri. Syukur ke hadrat Allah SWT yang melimpah segala ni'mat hidup lebih-lebih lagi menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang telah di beri ni'mat Islam dan Iman. Justru itu Allah SWT berseru kepada kita berulangkali sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman:

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan".

Antara ni'mat yang di beri ialah sepasang kaki buat kita berjalan kesana sini buat mencari rezeki Allah di bumi yang luas ini. Besarnya ni'mat mempunyai sepasang kaki. Tanpanya tiada upaya kita untuk bergerak bebas melakukan kerja seharian.Sahabatku,Kemanakah seharian kaki ku kaki mu melangkah pergi? Adakah kaki ku kaki mu rajin benar melangkah ke tempat-tempat maksiat dan tempat-tempat hiburan yang melalaikan buat melampias nafsu serakah dan menghabiskan usia yang memang singkat ini.Atau kaki ku kaki mu ligat pula berkunjung ke tempat-tempat perjudian buat mencuba nasib manalah tahu ingin cepat kaya dengan jalan yang mudah dan haram.Kalau begitu langkah kaki ku kaki mu, celakalah kita.

Kaki ku kaki mu akan menjadi saksi kerana melangkah ke tempat yang menjadi kemarahan Allah SWT.Sahabatku,Mengapa kita kufur ni'mat? Alangkah baiknya kalau kaki ku kaki mu di hayun ke masjid-masjid, majlis-majlis ilmu dan tempat-tempat kebajikan buat menyebarkan ilmu dan mengisi dada kita dengan ilmu dan iman.Rajin-rajinlah kaki ku kaki mu melangkah ke rumah saudara-mara, orang-orang tua yang uzur buat menghubungi siratulrahim. Atau pun menziarahi saudaramu yang telah menjadi jenazah jadi iktibar buat mu bahawa kematian semakin hampir.


Ringan-ringankan lah kaki ku kaki mu melangkah ke rumah anak-anak yatim. Jenguk-jenguklah ke rumah anak-anak istimewa yang dambakan kasih sayang ibu ayah. Hulurkan tanganmu membantu apa yang termampu, wang ringgit atau kudrat mu buat meringankan beban dan kedukaan mereka.Percayalah sahabatku, nanti hati kita jadi lembut dan sebak melihat ada yang punya kaki tapi lumpuh minta di kendong. Ada yang punya kaki, kerusi roda kakinya. Ada yang punya kaki, dua tangan jadi kakinya. Mereka minta di suap, minta di pujuk kerana tak sempurna akalnya. Berilah sumbangan apa yang termampu. Riangkan hati mereka sambil mengusap kepala mereka tanda kasihmu.Syukur Alhamdulillah atas segala ni'mat yang Allah berikan kepada kita yang lengkap sempurna segala sifat anggota dan akal.


Bagaimana harus kita mensyukuri segala ni'mat yang di beri?Justru itu, sebelum kaki ku kaki mu melangkah pergi, fikirkan banyak kali kemana kah tujuan mu? Sekiranya langkah kaki ku kaki mu membawa kebaikan teruskan langkahan kaki tetapi jika sebaliknya, batalkan saja niatmu itu.Sahabat ku,Jangan kau hairan dan terkejut nanti di hadapan Allah SWT, lidah kita akan jadi kelu terkunci, tidak dapat berkata-kata lagi. Hanya setiap anggota, termasuk kaki ku kaki mu yang akan menjadi saksi setiap perlakuan diri yang empunya kaki.

Erti Persahabatan (moga Kalian Mengerti…)

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah... terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu.. "Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

ADA APA DENGAN CINTA??

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu .

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.


Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami ...

Khamis, 22 Januari 2009

AKU MILIK TUHANKU*
Apakah pendirian hidupmu?
Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu Tepis-tepis kata yg sinis Yang panas ku jadikan membeku Bahagia aku kemudi selalu Biar ku menuju jalan tak berbiku Biarkan cemburu berkubur Asalkan tak cemari hidupku Biarkan ku senyum selalu Tandanya ku tiada seteru Jangan kau terpenjuru Jangan kau bercelaru Diriku bukan milikmu*
"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

MUTIARA KATA
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
(Imam Nawawi)
"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."
(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman